Pengajaran abad ke-21 Apa yang PAK21 titikberatkan?(adakah pdpc mesti melibatkan ICT?)

 

 Sememangnya cikgu-cikgu dah tahu dengan pengajaran abad ke-21. Cara pengajaran ini melibatkan peta minda I-Think, penggunaan Frog VLE dan penilaian SKPMg2 Standard 4.

 

Ramai  guru berasa takut dan bimbang dengan cara pengajaran ini, ada yang berpendapat mengapa kami tidak kekalkan cara pengajaran yang lama. Kan cara pengajaran yang lama juga mampu melahirkan ramai pelajar yang berkualiti. Dengan pemahaman yang tidak mencukupi, ramai yang berpendapat negatif terhadap pdpc ini. Hari ini, marilah kami sama-sama lihat apa yang cikgu-cikgu perlu titikberatkan dalam PAK21.

 

Penulisan Rancangan Pengajaran Harian

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan skrip kepada guru untuk memulakan pengajaran. Isi kandungan RPH harus teliti, 3 elemen yang perlu ada dalam RPH ialah Objektif Pembelajaran, Aktiviti Pengajaran dan Refleksi Pengajaran. Di sini, ada satu perkara yang perlu cikgu-cikgu titikberatkan, iaitu penulisan bilangan soalan yang boleh dijawab oleh pelajar.

Dalam kelas, pelajar kami pelbagai kategori, maka kita perlu targetkan berapa soalan yang boleh dijawab oleh yang cemerlang, yang sederhana dan dengan yang lemah. Contoh penulisan : (Cemerlang-4/5 soalan, Sederhana-3/5, Lemah-2/5). Maksudnya pelajar cemerlang mampu menjawab 4 daripada 5 soalan, itu dikira mencapai objektif yang ditentukan oleh gurulah.

Cikgulah yang merekacipta rancangan yang cikgu nak jalankan.

 

廣告-請繼續往下閱讀

 

Penyediaan Lembaran Kerja

Guru perlu menyediakan lembaran kerja untuk pelajar. Yang lebih ideal lagi ialah guru sendiri yang buatkan lembaran kerja itu, bukannya hanya fotokopi daripada buku rujukan atau buku kerja.

Mengapa kami perlu ada lembaran kerja? Dengan adanya lembaran kerja, buku teks boleh dijadikan sebagai bahan rujukan kepada pelajar. Ini menyenangkan guru dan bahagian ini juga dimasukkan dalam penilaian. Sememangnya guru tidak akan bawa pelajar masuk ke makmal computer untuk mencari maklumat dengan melayari internet, kan?

廣告-請繼續往下閱讀

 

Cara penglibatan semua pelajar

Biasanya bila sampai ke bahagian Q&A, cikgu-cikgu hanya akan memanggil beberapa pelajar yang dikenali untuk menjawab soalan. Dengan kaedah seperti ini, cikgu sukar mendapat markah tinggi di bahagian belakang SKPMg2 Standard 4. Markah 4 kena melibatkan semua pelajar.

Bagaimana cikgu-cikgu boleh mencapai penglibatan semua pelajar? Cikgu-cikgu boleh buat pengagihan tempat duduk seperti yang cikgu-cikgu pernah jumpa sebelum ini. Ini memudahkan pelajar membuat perbincangan.

Cikgu boleh mengarahkan pelajar-pelajar membuat perbincangan dalam kumpulan, lepas itu, seorang wakil memberi hasil perbincangan. Andai kata empat orang dalam satu kumpulan, seorang yang wakil menjawab itu sudah boleh mewakili empat orang itu. Kaedah ini menjimatkan masa.

 

廣告-請繼續往下閱讀

Pujian dan penghargaan juga sangat penting

Ada sebilangan guru tidak biasa memberi pujian kepada pelajar. Sebenarnya, jika pelajar sudah cuba menjawab, berilah galakan seperti 「Bagus!」 「Anda menjawab dengan baik.」 Itu pun sudah dianggap memenuhi kriteria yang diperlukan.

 

Soalan KBAT

Ramai guru takut dengan bahagian KBAT ini. Bagaimana guru boleh melatih pelajar menyoal dalam bentuk KBAT? Sebenarnya ada caranya. Cikgu-cikgu boleh memintauluh pelajar supaya memulakan soalan dengan perkataan 「Jika」. Contohnya, 「Jika Malaysia tidak merdeka, apakah rupanya sekarang?」」Jika sepuluh epal ditukar dengan lima buah buku, adakah jawapan masih sama?」

Cikgu perlu meluangkan masa untuk melatih pelajar dalam KBAT.

 

Saya berharap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu cikgu-cikgu dalam pdpc. Sekian, terima kasih.